Monday, June 27, 2011

TEMPAHAN KUIH RAYA TELAH DIBUKA

TEMPAHAN KUIH RAYA TELAH DIBUKA UNTUK TEMPAHAN.... KEPADA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI SAYA NOR

Sunday, July 11, 2010

APA ITU KEK

Difinisi kek
1)Kek dibuat daripada campuran tepung,telur,gula,lemak.agen penaik dan perisa.
2)Ia boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan saiz,sesuai untuk minuman petang,jamuan,kenduri dan sebagainya.
3)Ia berkhasiat kerana mengandungi zat protein,lemak dan karborhidrat.


JENIS-JENIS KEK

a)Kek cara putar contoh kek marvola,kek orange.
b)Kek cara enjut contoh kek bahulu gulung,kek nenes.
c)Kek cara gaul dan ramas contoh kek bantal.
d)Kek cara mencair contoh kek hadiah.
e)Kek putar satu langkah contoh kek debil.

BAHAN-BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK

Tepung

1)Tepung gandum biasanya digunakan untuk menghasilkan kek.
2)Tepung mempunyai protein yang dipanggil sebagai gluten dan apabila dicampur dengan cecair ia akan menjadi kenyal dan boleh mengembang serta naik apabila dibakar.
3)Tepung yang mengandungi gluten yang tinggi akan menjadikan kek tersebut berat.
4)Tepung yang kurang glutien menjadikan kek ringan lembab dan bertestur rata.
5)Tepung yang baik mutunya hendaklah kering,tidak bergentel,berwarna kekuningan.
6)Kekuningan,tidak mengandungi serangga perosok dan berasa kesat apabila apabila dipici dengan jari.

PENYEDIAAN TIN KEK

1)Sediakan tin,acuan atau loyang dengan cara yang betul.
2)Sapukan sedikit lemak diseluruhan dalam setiap permukaan dalam tin dengan menggunakan berus yang sesuai.
3)Taburkan sedikit tepung dan ratakan.
4)Untuk kek yang lebih lemak gunakan tin kek yang tebal,digris dan dialas dengan kertas minyak.
5)Untuk bahulu gulung alaskan tin pembakar dengan kertas minyak yang digriskan dan ditaburkan tepung.


KETUHAR JENIS KEK TERTINGKAT SUHU MASA

Cara gaul ramas
1)Kek ringkas dan kecil.
2)Kek ringkas dan besar.
2/3 jarak dari bawah.Bawah sedikit dan jarak pertengahan
400 c-425 c
200 c-220 c
380 c-370 c
180 c-185 c
15-20 minit
30-40 minit

Cara putar Lebih lemak
2/3 jarak
375 c-400 c
190 c-200 c
15-20 minit

Cara satu langkah lebih lemak besar.
Pertengahan jarak ketuhar
300 c-370 c
180 c-190 c

Cara enjut

1)bauhulu gulung
2)bauhulu nipis
2/3 jarak bawah
½ -2/3 jarak dari bawah
400 c-425 c
200 c-220 c
315 c-400 c
190 c-200 c
7-10 minit
25 minit

Cara mencair contoh

1)kek halia
1/3 pertengahan jarak dari bawah
325 c-380 c
160 c-180 c
25 minit

KAEDAH CARA PUTAR

1)Kuantiti lemak ialah ½ atu lebih daripada sukatan tepung yang digunakan kandungan gula sama banyak dengan lemak.
2)Untuk memyediakan kek jenis putar yang lebih kayal sukatan tepung,gula dan lemak adalah sama banyak.
3)Sukatan telur ialah diantara 4-12 biji bagi tiap-tiap 500 gm tepung jika terlalu banyak telur digunakan seharusnya kandungan serbuk penaik hendaklah dikurangkan.
4)Kek yang dibuat dengan cara ini lebih ringan,gebu,dan testur yang sama rata.
5)Kek ini sesuai dihidangkan untuk jamuan ringan,minum petang,masjil keraian,perayaan atau makanan bekalan.

Bil Langkah-langkah Cara penyediaanKeterangan

1.Timbang ramuan dan panaskan ketuhar.
Ramuan ditimbang mengikut sukatan yang betul.Ramuan tambahan boleh dimasukan seperti buah-buahan kering,kacang dan bahan perisa.
Tepung berprotien rendah, akan menghasilkan kek yang gebu .Mentega jika digunakan memberikan rasa yang lebih sedap.
2.Mengayak tepung
Tepung diayak bersama bahan kering seperti serbuk penaik,serbuk koko atau rempah.
Udara terperangkap ke dalam tepung
3.Memutar lemak@mentega dan gula.
Putar lemak@mentega dan gula dalam mangkuk adunan sehingga kembang, ringan, putih dan gebu. Semasa adunan di putar udara dapat ditampung oleh lemak gula.
4. Memasukkan telur
Pukul telur dalam bekas yang lain.Masukkan telur ke dalam adunan sedikit demi sedikit sambil memutar terus.
Pastikan telur berada dalam keadaan suhu bilik.Jika telur sejuk digunakan adunan akan mendidih.Dadih berlaku akibat pembekuan lemak yang dikelilingi oleh air dari telur yang sejuk dan ia terasing dari gula dan telur.
5. Memasukan tepung
Tepung dikaup balik ke dalam aduan sedikit demi sedikit dengan menggunakan sudu logam rata. Lakukan dengan perlahan-lahan sambil dipusingkan sudu seperti arah nombor lapan(8)
6. Membakar
Tuangkan adunan ke dalam acuan kek yang telah dilapik dan digris.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
Letakkan acuan kek ditengah-tengah ketuhar.Kek yang besar perrlu dilapik dengan kertas minyak supaya dibahagikan bawah dan tepi kek tidak cepat hangus.
7. Menguji kek
Jika kek besar,cucuk dengan pencucuk kek.Jika ia bersih,ini memnunjukkan kek telah masak.
Kek hendaklah berwarna perang dan kecut sedikit dari tepi acuan.

PENYIMPANAN

i)Kek perlu dikeluarkan dari acuan sebaik sahaja selepas dimasak untuk mengelakkan permukaan tepi kek yang lembab.
ii)Kek diletakkan di atas radai kek supaya cepat sejuk .
iii)Simpan kek di dalam bekas kedap udara.
iv)Kek yang hendak disimpan lana boleh disimpan dalam peti dingin beku dengan dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

KAEDAH GAUL RAMAS

Kek cara ini mudah disediakan dan cepat tetapi menghasilkan tekstur yang agak kering dan tidak tahan disimpan lama.Sukatan lemak yang digunakan dalah sesetengah bahagian lemak kepada satu bahagian tepung.

Langkah penyediaan

Langkah-langkahCara penyimpananKeterangan

1.Timbang ramuan dan panaskan ketuhar
Ramuan ditimbangkan mengikut sukatan dengan betul .Ramuan tambahan boleh dimasukkan seperti buah-buahan kering,kekerasan,rempah dan perisa.
Jika menggunakan tepung naik sendiri,jangan masukkan serbuk penaik.
2.Mengayak tepung
Ayak tepung ,serbuk penaik atau rempah (jika digunakan)ke dalam mangkuk adunan.
Sementara mengayak,udara terperangkap didalam adunan.
3.Gaul dan ramas
Masukkan lemak dan gaul ramas ke dalam tepung menggunakan hujung jari sambil mengangkatkan adunan itu supaya udara dapat dimasukkan.Hasil adunan menjadi seprti serbuk roti.
Lemak yang biasa digunakan adalah merjerin atau mentega.Lemak perlu disejukkan terlebih dahulu
4.Masukkan gula dan bahan lain
Masukkan gula dan lain-lain baha tambahan dan digaul rata.
Gula halus putih atau perang boleh digunakan.Elakkan daripada mengunakan gula pasir.
5.Memasukkan cecair
Pukul telur ke dalam susu dan esen di dalam mangkuk.Masukkan cecair ke dalam adunan tepung.Kacau sehingga rata dan adunan kek lembut.
Gunakan sudu logam untuk mengacau.Kuantiti cecair yang digunakan biasanya dua sudu besar(termasuklah telur dan susu)bagi 100gm tepung.
6.Membakar
Adunan dimasukkan ke dalam acuan yabg telah di gris
Letakkan acuan di tengah-tengah ketuhar.
7.Menguji kek
Sentuh di vahagian atas kek,sekiranya tiada kesan cap cari,kek telah masak.
Kek hendaklah berwarna perang dan kecut sedikit dari tepi acuan.

PENYIMPANAN

Kek kaedah gaul dan ramas tidak seharusnya disimpan lama kerana ia akan menjadi kering disebabkan sukatan lemak yang kurang.

KEK KAEDAH ENJUT

Kek ini dibuat dengan cara mengenjut telur bersam gula sehingga kembang dan naik sanbil udara dimasukkan seberapa banyak yang boleh.Kek ini tidak mengandungi lemak.Ianya ringan,lembut dan gebu.Kejayaan kek ini bergantung kepada banyaknya udara yang terperangkap semasa dienjut.


LANGKAH PENYEDIAAN Langkah-langkah Cara penyediaanKeterangan

1. Timbang ramuan dan panaskan ketuhar
Ramuan ditimbang mengikut sukatan dengan betul.Ramuan tambahan seperti serbuk koko dan rempah.
Tepung gandum jenis lembut sesuai digunakan.Gunakan telur yang baru kerana ia boleh menampung lebih banyak udara,
2. Mengayak tepung
Ayak tepung ke dalam mangkuk adunan.
Udara terperangkap ke dalam tepung.
3. Mengenjut
Telur dienjut bersama gula sehingga kembang.
Udara dimasukkan seberapa banyak yang boleh semasa peringkat ini.
4. Memasukkan tepung
Tepung dikaup balik ke dalam adunan sedikit demi sedikit dengan menggunakan sudu logam sehingga rata.
Lakukan dengan perlahan-lahan sambil dipusingkan sudu seperti arah nombor(8).Pastikan udara tidak trlepas keluar
5. Membakar
Tuangkan adunan ke dalam acuan yang telah dilapik dan digris.Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan.
Letakkan acuan ditengah ketuhar.
6. Menguji kek masakan
Apabila ditekan dengan jari atas permukaan kek tiada kesan yang tinggal.
Kek hendaklah berwarna perang dan kecut sedikit di tepi acuan.Berwarna perang muda


PENYIMPANAN

i)Kek ini tidak tahan disimpan lam kerana ia akan menjadi kering.
ii)Kek span Genoese akan tahan selama 3-7 hari dfi dalam bekasyang kedap udara kerani ia mempunyai lemak di dalamnya.
iii)Kek span yang dihias hendaklah disimpan ke dalam peti sejuk.

TELUR

Telur merupakan bahan makanan yang penting di dalam sajian,kuih-muih,kek,roti atau biskut.Kandungan nutrien yang terdapat di dalam telur sama seperti yang terdapat di dalam daging atau ikan.Telur yang biasa digunakan adalah telur ayam.

PERMILIHAN

i)Pilih telur yang baru.
ii)Kulit telur hendaklah bersih,bentuk yang elok dan kesat.
iii)Telur yang baru berat manakala telur yang lama ringan kerana kehilangan air di dalamnya akibat sejatan.
iv)Apabila dihala kepada cahaya terang,telur baru akan kelihatan bersih di didalamnya dan telur lama akan kelihatan tompok hitam.
v)Telur tidak berkii)ocak apabila berkocak.
vi)Telur boleh diuji kesegarannya dengan cara meletakkan telur di dalam air bergaram (60 gram +1/2 liter air).Telur yang baru akan tenggelem dengan bahagian runcingnya ke bawah manakala telur lama akan timbul di permukaan.
vii)Apabila telur dipecahkan,kuning telur pejal dan bulat manakala putihnya pekat dan berkumpul di sekeliling kuning telur.Telur yang lama kuningnya leper dan mudah dipecahkan,putih telur cair.

PENYIMPANAN

i)Telur hendaklah disimpan pada tempat yang sejuk seeloknya di peti sejuk 0-5 C.Elakkan daripada menyimpannya di tempat yang kering kerana liang udara pada kulit telur akan membolehkan udara dan bekteria serta bau makanan seperti bawang,keju dan ikan meresap ke dalamnya.
ii)Telur diletakkan dengan kedudukan bahagian runcigannya ke bawah.
iii)Telur yang pecah boleh disimpan dengan cara diasingkan kuning dan putihnya.Kuning telur dimasukkanke dalam bekas yang berisi air dan pitih telur dimasukkan ke dalam bekas bertutup ketat fan kedua-duanya disimpan di dalam peti sejuk.

KESAN HABA

1.Putih telur akan mula membeku pada suhu 58 cdan menjadi keras apabila suhu dinaikkan.
2.Kuning telur membeku pada suhu 65 dan menjadi keras.
3.Telur yang dacampur susu akan membeku pada suhu 83 c
4.Jika telur dimasak terlalau lama dengan suhu yang tinggI,protiennya akan membeku,keras yang liat.
Telur adalah suatu embrio yang mengandungi bahan makanan dan air yang terkandugan dalam suatu kulit cengkerang dan ia terdiri dari bahagian putih dan kuning.Selain itu telurjuga mempunyai beberapa bahagian yang lain.

PUTIH TELUR

Putih telur adalah larutanyang menggilinggi kuning telur.Ia mengandungi protein dan peratusan air yang tinggi tetapi tidak mengandungi lemak dan karborhidrat.

KUNING TELUR

Kuning telur diregang oleh mambran kek viletin yang mengandungi protein kelas pertama.

PENGGUNAAN

Agen penaik-adunan kek
Pemekat-sos,kastat
Penyadur-menyadur makanan supaya tidak hancur.
Penyatu-menyatu adunan kroket.
Memperkaya-menambah nilai nutrien
Bahan pengemulasi-mayonis,sos salad
Mengglis-permukaan biskut,pastri

Hiasan –Hidang sepinggan lengkap
Hidagan utama-masakan utama protein

LEMAK

Mentega hasil daripada krim susu.Kuantitinya adalah daripada 1liter krim menghasilkan 500gm mentega.Mentega mempunyai rasa yang sedap oleh itu ia digunakan dengan meluaskannya didalam masakan seperti,membuat sos,sup,mengglis sayur-sayuran,membuat kek,biskut,pastri dan sebagainya.

JENIS-JENIS MENTEGA

1. MENTEGA CAIR -Untuk kuih ketayap,kuih lapis,kuih dadar.
2. MENTEGA PEKAT –Untuk menyadur makanan sebelum di masak.

KEGUNAAN MENTEGA PEKAT

1. Untuk menghalang kehilangan zat makanan seperti dalam masakan
Udang bersalut mentega ,goring pisang.
2. Untuk mengelak makanan daripada menjadi hanco dan diserapi minyak.
3. Untuk melindungi makanan daripada haba api yang panas.
4.Untuk menyerap rasa hidangan.

LANGKAH-LANGKAH MENTEGA

1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk adunan.
2. Buat ubang ditengah tepung,masukkan telur dan separuh cecair.Kacau
pelahan daripada tengah ke tepi.
3. Masuk baki cecair dan kacau pelahan .Pukul adunan untuk memasukkan
Udara.
4. Pukul adunan secukupnye sehingga permukaan mentaga penuh dengan
gelembung udara.Rehatkan sebenter sebelum menggunakannya.


AGEN PENAIK

Agen penaik ialah bahan yang dicampurkan ke dalam adunan untuk meringankan adunan.Ringan terpulang kepada gas yang mengembang semasa terkena panas .Gas-gas ini ialah seperti udara,karbon dioksida dan wap.

TINDAK BALAS AGEN PENAIK

Tepung mengandungi gluten yang boleh memeri dan meregang gas yang mengembang sambil adunan naik.Kekenyalan gluten ini berkembang dangan adanya haba dan kelembapan.Gluten didalam tepung memeri dan meregang apabila ditolak ke atas oleh pengembanaan gas-gas.Apabila dipanaskan selanjutnya,adunan itu naik dan mengeras karana adanya gluten.Itu yang menyebabkan roti atau kek.

JENIS-JENIS AGEN PENAIK

1.UDARA(CARAMEKANIKAL)
Udara dapat masuk dengan cara:
-Mengayak tepung
-Semasa gaul dan ramas
-Memukul adunan seperti membuat adunan mentega
-Memutar lemak dan gula
-Mengejut telur dangan telur
-Melipat dan mancanai pastri
-Mencampurkan putih telur yang telah dipukul hingga kembang
(meringue)

2.KARBON DIOKSIDA
A. Cara-cara kimikal
-Bikabonat soda
Apabila cecair dicampurkan dan adunan ini terkena panas,bikabonat
ini terurai dan membentuk karbon dioksida,air dan sodium karbonat.
Bahan ini memberikan bau dan rasa yang tidak menyenangkan dan
warna kekuningan kepada kuih yang masak.

-BaKING POWDER
Merupakan campuran satu bahagian bikabonat soda dan dua bahagian
krim tartar,dengan tambahan tepung beras untuk menyera
kelembapan dan mengelek ia daripada bergentil dan dengan ini boleh
disimpan lama.

B. Cara biologikal YIS
Gas karbon dioksida diperkenalkan dalam bancuhan tepung dengan tindakkan biologikal yang dikenali sebagai penapaian yang mana terjadinya oleh campuran yis dengan gula, kelembapan dan cukup haba.

3. WAP (cara fizikal)

Wap terjadi apabila ada air dalam mana-mana adunan yang lembap dan haba. Dengan adanya kandungan air yang banyak dalam adunan dan suhu memasak yang tinggi, air ini akan mengelegak dan memaksakeluar wap melalui rongga-rongga yang dimasak dan dengan ini memberi dan menaikkannya sementara suhu ketuhar membentuk adunan tadi. Tektur kuih yang naik dengan cara ini mempunyai rongga yang luas dan besar seperti pastri choux, kelopak dan lapis.

BISKUT RAYA 2010 UNTUK TEMPAHAN...

DISINI DISERTAKAN SENARAI BISKUT RAYA TAHUN 2010


(AKAN DIMASUKKAN NANTI)

Biskut.....

PERAYAAN dan makanan - dua perkara yang kerap bersatu ibarat ‘isi dan kuku’. Di Malaysia, keadaannya lebih unik kerana kita ada banyak perayaan yang disambut, maka makin pelbagailah jenis makanannya.

Lebih menarik setiap perayaan mempunyai makanan tradisi masing-masing. Kalau Hari Raya Aidilfitri dengan rendang dan ketupat, Deepavali pula maruku dan ladu, Tahun Baru Cina tidak boleh dipisahkan Yee Sang dan begitu juga Hari Krismas yang popular dengan ayam belanda panggang dan biskut berwarna-warni.

Selain Santa Claus dan hiasan pokok Krismas, satu lagi eleman yang tidak boleh ditinggal semasa perayaan yang juga dipanggil Hari Natal ialah biskut Krismas.

Kehadiran biskut yang pelbagai rasa, warna, rupa dan bentuk, di samping hidangan-hidangan tradisional lain memeriahkan lagi suasana dan semangat Krismas.

Menelusuri sejarah biskut Krismas, perkataan biskut atau cookies pertama kali ditemui dalam bentuk cetakan ialah pada tahun 1703.

Begitu pun, sejarah biskut Krismas telah bermula sejak 10,000 tahun lalu apabila petani-petani zaman Neolithic, gemar menyediakan makanan mereka dengan kaedah membakar. Gandum yang dibentuk sebagai doh akan dibakar di atas batu panas.

Resipi asal biskut Krismas dikatakan bermula di zaman pertengahan Eropah. Lebkuchen atau gingerbread (biskut/kek halia) dikatakan biskut atau kek pertama yang secara tradisinya dikaitkan dengan Krismas.

Amalan membuat biskut Krismas tersebar luas di seluruh Eropah. Hampir setiap rumah membuat biskut mereka sendiri dengan pelbagai rasa dan nama. Selain Lebkuchen, orang Sweden gemarkan Paparkakor (biskut pedas mengandungi halia dan lada hitam) dan Krumkake (kepingan nipis berperisa limau) pula pilihan orang Norway.

Seperti dalam banyak perkara lain, biskut Krismas turut melalui evolusinya tersendiri dengan kepelbagaian rasa, rupa dan bentuk.

Apa pun bagi penganut Kristian, biskut Krismas kekal sebagai sebahagian daripada ‘semangat Krismas’ itu sendiri.


Tradisi

“Kadang-kadang saya terfikir, kenapa setiap tahun perlu bersusah payah hanya semata-mata untuk menyambut kedatangan satu hari itu, tetapi saya sedar ia adalah sebahagian tradisi tidak bertulis di mana tanpanya Krismas tidak akan meriah.

“Setiap tahun menjelang krismas emak saya akan mula sibuk mencari ayam belanda. Tidak kurang daripada 30 ekor ayam belanda akan dipanggang untuk diberi kepada rakan-rakan, jiran atau untuk hidangan keluarga.

“Waktu ini juga semua ahli keluarga akan berkumpul dan satu perkara yang tidak boleh ditinggalkan ialah masak dan makan hidangan Krismas bersama-sama.

“Seiring dengan semangat Krismas, tahun ini sambutan lebih bermakna kerana kami juga akan berkongsi resipi keluarga dengan pelanggan di Delicious.

“Selain biskut-biskut yang saya sebutkan tadi, kami juga menyajikan pelanggan dengan ayam belanda panggang resipi asal ibu saya, daging panggang bersama puding Yokshire, pai Shepherd, pai daging Wagyu, Classic Christmas Trifle dan banyak lagi,” katanya.

Menariknya, bukan sekadar dinikmati di restoran, makanan-makanan istimewa itu juga boleh ditempah untuk jamuan di rumah mengikut jumlah minimum yang ditetapkan.

Sajian tradisi Krismas

Puding Plum (Puding Krismas)

Puding Krismas, telah wujud pada awal kurun ke 15. Resipi asli dihasilkan daripada daging lembu, bawang putih dan sayur-sayuran serta buah-buah kering. Pada kurun ke 16, kismis dan buah prun telah dimasukan ke dalamnya. Plum adalah merujuk kepada buah prun tersebut.

Biskut-biskut Krismas

Membuat kek dan biskut yang pelbagai saiz dan jenis adalah amalan yang biasa sebelum Krismas. Tukang masak dahulu telah menyediakan biskut manis untuk menandakan bahawa sesuatu keramaian itu adalah penting. Biskut krismas biasan yang mengandungi pelbagai jenis bahan di dalamnya seperti halia, lada hitam, almond, buah-buah kering, kayu manis dan sebagainya. Denmark dan Jerman memperkenalkan acuan biskut, hiasan dan perhiasan untuk perayaan. Kek/biskut halia (gingerbread) adalah kek/biskut tradisional pertama diperkenalkan pada Hari Krismas. Orang Inggeris pula memperkenalkan biskut bergula.

Kek Buah

Kek buah adalah hidangan istimewa masyarakat British. Pada kurun ke 13, buah-buah kering telah dibawa ke Britain dari Portugal dan timur Mediterranean. Kek ini dihidangkan pada setiap perayaan semenjak awal kurun ke 18. Ia menjadi salah satu hidangan yang menarik pada Hari Krismas.

Gula-gula (Candy Canes)

Kenapa sesetengah gula-gula berkait rapat dengan Krismas? Beratus tahun dahulu, gula sangat mahal. Ia adalah hidangan istimewa pada hari cuti dan keramaian seperti Krismas dan perkahwinan.

Dalam sejarah pemakanan, gula-gula dikatakan dibuat untuk tujuan perubatan. Konsep ini dibawa oleh pakar perubatan Islam. Gula yang digunakan secara tidak ketara dalam perubatan oleh bangsa Arab memberikan idea kepada orang-orang Eropah tentang kebaikan yang tersembunyi pada gula.

Pai daging dan buah-buahan kisar

Berdasarkan kepada pengkaji sejarah makanan, pai buah-buah kering telah wujud sejak zaman pertengahan Eropah. Selain daging, resipi ini pada ketika itu, juga mengandungi buah-buahan kering, gula dan rempah. Disebabkan wujud perbezaan antara buah-buah kering dan daging kisar pada pertengahan kurun ke 19, daging tidak dimasukkan lagi sebagai salah satu ramuan.

Biskut/kek Halia (gingerbread)

Gingerbread telah dihias dengan menekankan ciri-ciri acuan kayu. Acuan tersebut kadang-kadang sangat besar, teliti dan mempunyai bentuk yang sangat cantik. Di Britain, kebiasaan bentuk kek ini adalah bentuk lelaki dan khinzir terutamanya untuk upacara Malam Unggun Api (5 November)

Selepas kisah Hansel dan Gretel yang menggambarkan sebuah rumah ‘dibuat daripada roti’, dengan atapnya daripada kek dan tingkap daripada barli, kedai roti di Jerman mula memperkenalkan rumah gingerbread yang penuh ketelitian dengan salji aising di atas atapnya, berserta kad Krismas.

Sejarah roti croissant


Bagi Anda yang suka dengan roti Croissant, mungkin ada baiknya membaca sejarah bagaimana roti ini diciptakan. Sejarah yang menarik untuk diingat bagaimana roti Prancis Croissant [baca: krwa’song] pertama kali ditemukan merupakan sebuah legenda yang menyakitkan bagi kaum Muslim. Roti ini menurut legenda diciptakan pertama kali oleh orang-orang Polandia untuk merayakan kemenangan pasukan Franks pada tahun 732 atas serbuan pasukan Muslim pada pertempuran yang paling menentukan dalam The Battle of Tours. Namun bentuk rotinya yang mirip bulan sabit baru diciptakan sekitar tahun 1683 di Wina, Austria.

Bangsa Franks atau Frankish people dulu merupakan bagian dari federasi bangsa-bangsa barbar dari Germania barat,mereka hidup di sepanjang pinggiran utara sungai Rhine. Mereka masuk ke wilayah kerajaan Romawi yang waktu itu menguasai Eropa dariarah utara dan timur sungai Rhine yang sekarang menjadi utara Belgia dan selatan Netherlands (Belanda). Mereka menyerbu wilayah Romawi tersebut dan berhasil menaklukannya sekitar tahun 358 Masehi, kemudian mendirikan kerjaan baru yang mencakup wilayah Prancis, Belgia, Netherlands, serta wilayah barat Jerman saat ini. Perpindahan agama dari Pagan (penyembah berhala) menjadi kristen oleh raja Frankish yang bernama Clovispada akhir abad 5 Masehi merupakan momen yang sangat krusial dalam sejarah Eropa. Perlu dicatat bahwa bangsa Franks
memberikan nama untuk negara Gaul (Gallia)

setelah merebutnya dari pasukan Romawi, dan mengubahnya dengan nama mereka sendiri menjadi France atau Prancis. Sebagai tambahan juga, nama kota Frankfurt di Jerman juga diambil dari nama bangsa Franks. Sedangkan makna dari kata “free” dalam bahasa inggris, merupakan akar kata dari “frank”, “frankly”, “franklin” yang muncul setelah penaklukan Gaul (Gallia) dari Romawi, karena saat itu yang berstatus orang merdeka atau “freemen” hanyalah orang-orang Franks.

Kembali ke masalah roti Croissant.
Dengan bentuknya yang merupakan perwujudan dari bulan sabitnya islam (Islamic crescent), Croissant (crescent) pertama kali diciptakan di Wina, Austria pada tahun 1683 untuk merayakan kekalahan pasukan muslim Turki yang mengepung kota tersebut. Croissant merupakan simbol dari bendera Turki yang berbentuk bulan sabit (crescent). Sehingga ketika mereka memakan roti tersebut, seolah-olah mereka telah melahap Turki dan kaum Muslim lainnya. Namun, tidak ada resep tertulis yang merujuk pada kemunculan roti Croissant dari buku-buku resep Prancis sebelum abad ke-20. Referensi yang paling terbaru tentang pembuatannya ditemukan diantara resep "Roti-roti fantasi dan mewah" pada tahun 1853.

Hingga saat ini, French Croissannt (Roti Prancis) masih menduduki posisi yang sangat penting dan terhormat pada hampir semua sarapan pagi yang terhidang di meja makan orang-orang Eropa dan Amerika, namun banyak orang yang tidak sadar bahwa makanan favorit mereka memiliki hubungan langsung dengan pertempuran sengit lebih dari 1200 tahun yang lalu.

Monday, July 5, 2010

SEJARAH ROTI


Roti

Roti (yang berasal dari perkataan bahasa Sanskerta रोटिका roṭikā) merupakan satu kumpulan makanan ruji yang disediakan dengan dibakar, dikukus, atau digoreng doh mengandungi paling kurang tepung dan air. Garam diperlukan dalam kebanyakan kes, dan bahan penaikcaraway) dan bijiran (bijan, biji popi). Bijiran turut digunakan bagi tujuan hiasan.. boleh digunakan. Sesetengah roti turut mengandungi rempah (seperti biji

Roti boleh dimakan begitu sahaja, sering kali dengan mentega, mentega kacang, atau mentega kekacang lain, atau pemanis seperti seri kaya, jem, jeli, marmalade, Vegemite, madu, atau digunakan sebagai bekas bagi sandwish. Ia mungkin hanya dimasak, atau kemudiannya dibakar, dan boleh dihidangkan samaada suhu bilik atau panas.

Roti sebaiknya disimpan dalam kotak roti untuk mengekalkan kesegarannya, kerana ia masuk angin lebih cepat pada suhu peti sejuk.

Perkataan ini tersebut, Inggeris Kuno bread, banyak terdapat dalam pelbagai bentuk dalam banyak keluarga bahasa Jerman; seperti bahasa Jerman Brot, bahasa Belanda brood, bahasa Swedish bröd, dan bahasa Norwegian brød; ia diambil daripada asas brew, tetapi kemungkinannya daripada asas kata break, kerana pengguna asalnya terhad kepada serpihan, atau perca roti, Latin frustum, dan tidak sehingga abad ke 12 yang ia menggantikan —sebagai nama generik bagi roti— hlaf (Inggeris moden loaf), yang kelihatannya nama Teutonic terkuno; Jerman Tinggi Kuno hleib dan bahasa Jerman moden Laib, atau bahasa Finnish leipä, bahasa Estonian leib, dan bahasa Russia khleb adalah serupa (kesemuanya diambil dari Jerman Kuno (Old Germanic)).

Sejarah

Roti merupakan makanan tersedia paling tua, bertarikh semenjak zaman Neolithik apabila bijiran cereal dan air dicampur menjadi pasta dan dimasak.

Di zaman Mesir silam, penghasilan roti merupakan salah satu bahagian penting dalam penyediaan makanan, bersama dengan penghasilan bir; kedua-duanya mempunyai juga kepentingan keugamaan. Adalah dipercayai bahawa orang-orang Mesir mencipta oven tertutup pertama bagi pembakaran roti. Roti merupakan makanan ruji utama dalam diet bagi kebanyakan sejarah Europah, seawal semenjak 1000 BC sehingga masa kini. Sepanjang beberapa ratus tahun, jumlah pendapatan rumah Europah yang dibelanjakan bagi membeli roti telah perlahan-lahan berkurangan secara tetap dengan pengurangan kos penghasilan dan penggunaan per kapital. Otto Frederick Rohwedder dianggap sebagai bapa bagi roti potong. Pada tahun 1912 Rohwedder mula memajukan mesin yang mampu memotong roti, tetapi kedai roti keberatan menggunakannya kerana mereka bimbang roti akan masuk angin dan menjadi keras. Hanya pada tahun 1928, apabila Rohwedder mencipta mesin yang memotong dan membungkus roti, barulah roti keeping laris diterima. invented a machine that both sliced and wrapped the bread, that sliced bread caught on. Kedai roti di Chillicothe, Missouri adalah yang pertama menggunakan mesin ini bagi menghasilkan roti keping.

Selama beberapa generasi, roti putih dianggap roti bagi orang kaya sementara orang miskin makan roti gelap. Bagaimanapun konotasi ini berubah pada abad ke 20 dengan roti gelap dianggap mempunyai kandungan zat yang lebih tinggi berbanding roti putih sementara roti putih dikaitkan dengan kejahilan orang miskin mengenai zat permakanan. Baru-baru ini, pembuat roti domestik yang menghasilkan roti secara automatik menjadi popular di rumah.

Jenis Roti

Roti merupakan makanan popular dalam masyarakat Barat. Ia seringkali dihasilkan daripada doh tepung gandum yang digaul dengan yis, dibenarkan naik, dan akhirnya dibakar dalam oven. Disebabkan kandungan gluten yang tinggi (yang memberikan doh rasa kekenyalan dan melantun), gandum merupakan bijiran paling biasa digunakan bagi penyediaan roti, tetapi roti juga dihasilkan daripada tepung rye, barli, jagung, dan oat, biasanya, tetapi tidak semestinya dicampur dengan tepung gandum.

Terdapat juga roti yang tidak ditambah sebarang bahan penaik (seperti yis), antaranya seperti roti canai, roti nan, capati dan sebagainya, di mana kebanyakan daripada jenis roti tanpa penaik ini berasal dari negara-negara Asia Tengah seperti India.

Ejen Penaik

Penaik adalah proses menambah gas pada doh sebelum dibakar bagi menghasilkan roti yang lebih gebu, ringan dan mudah dimamah. Kebanyakan rotu yang dimakan di Barat adalah lembut. Tetapi terdapat roti tanpa ragi yang merupakan simbol penting yang digunakan dalam agama Yahudi (Matzo) dan turut digunakan oleh sebahagian gereja kristian.

Penaik kimia

Teknik mudah bagi menaikan roti adalah menggunakan bahan kimia penghasil gas. Terdapat dua kaedah. Yang pertama adalah menggunakan tepong penaik (baking powder) atau tepung naik sendiri yang mengandungi tepong penaik. Yang kedua adalah menambah bahan berasid seperti lepa susu (buttersusu) dan menambah baking soda. Reaksi asid dengan soda menghasilkan gas.

Roti dengan bahan kimia penaik dikenali sebagai roti cepat dan roti soda. Teknik ini biasa digunakan untuk menghasilkan muffin dan roti manis seperti kek pisang.


Penaik yis

Kebanyakan roti menggunakan fungi yis. Yis menapai karbohidrat dalam tepung dan sebarang gula, menghasilkan karbon dioksida. Kebanyakkan pembakar roti di rumah dan perdagangan di Amerika Syarikat menaikkan roti mereka menggunakan ibu roti. Ibu roti menghasilkan hasil yang sekata, cepat, dan tetap, tetapi tanpa rasa yang rumis seperti roti doh masam. Doh masam roti juga biasanya tahan lebih lama dan mempunyai rasa yang lebih baik (tidak sekata). Kebanyakan tukang roti di Europah masih menghasilkan roti doh masam, dan di Amerika Syarikat, semakin ramai artis tukang roti (termasuk sebagai hobi) kembali kepada seni roti doh masam. Kaedah doh masam menghasilkan roti gandum sepenuhnya dan rye yang bercitarasa.

Sukar bagi menentukan bilakah manusia mula mengetahui penapaian sebagai cara menaik doh, tetapi roti lembut telah bermula di Mesir purba. Teori popular adalah penapai bir Mesir mungkin pada satu ketika menyedari bahawa apabila bekas penapaian bercampur aduk dengan doh, ia menhasilkan roti yang berangin dan lebih lembut. Penapai bir dan pembakar roti adalah bidang yang serupa dari banyak segi.

Kedua-dua kaedah ibu roti, dan doh masam bagi membakar roti menurut pola yang sama. Air dicampurkan dengan tepung, garam dan agen penaik (ibu roti atau pecetus doh masam). Tambahan lain (rempah, herba, lemak, biji, buah, dll) tidak diperlukan untuk membakar roti, tetapi sering ditambah. Campuran doh itu dibiarkan naik seganda atau lebih (semakin lama rasanya semakin kuat, dengan itu pembuat roti sering menumbuk-numbuk doh dan membiarkannya naik semula), kemudian buku roti dibentuk dan (sekiranya mahu, dibiarkan naik kali) roti dibakar dalam oven.

Kebanyakan roti (seperti baguette yang terkenal) dibuat daripada doh mudah, yang bererti semua bahan dicampurkan sekali, dan doh dibakar selepas naik. Selain itu, doh boleh dibuat dengan kaedah pencetus, apabila tepung, air, dan kemudiannya agen penaik dicampurkan sehari sebelum dibakar, dan dibenarkan diperam semalaman. Pada hari pembakaran, bahan lain ditambah, dan proses seterusnya adalah serupa bagi doh mudah. Ini menghasilkan roti berperisa dengan tekstur yang lebih baik. Ramai pembakar roti melihat kaedah pencetus sebagai tolak-ansur antara hasil yang terjamin oleh ibu roti , dan citarasa hasil penapaian lebih lama. Ia juga membenarkan pembakar roti untuk menggunakan hanya ibu roti minima, yang dahulunya sukar dan mahal semasa mula-mula diperkenalkan.

Rasa masam doh masam sebenarnya datangnya bukan daripada yis, tetapi daripada laktobasillus, dengan mana yis hidup secara simbiosis. Laktobasillus mendapat makanan hasil sampingan penapaian yis, dan ini menukarkan doh menjadi masam dengan menghasilkan asid laktik, yang melindunginya daripada rosak (kerana kebanyakan mikrob tidak mampu tahan persekitaran berasid). Kesemua roti dahulunya menggunakan doh masam, dan proses penaik tidak difahami sehingga abad ke 19, apabila dengan kemajuan mikroskop, ahli sains mampu melihat mikrob yang menjadikan doh naik. Semenjak itu jenis keluarga yis telah dipilih dan dikultur terutamanya bagi kepantasan dan kesempurnaan menjadikan doh naik. Jutaan sel strain ini kemudiannya dibungkus dan dipasarkan sebagai "Ibu Roti". Roti yang dihasilkan dengan menggunakan ibu roti tidak masam kerana ketiadaan laktobasilus. Pembakar roti sekeliling dunia dengan cepat menggunakan ibu roti bagi memudahkan penghasilan roti, dengan itu membenarkan lebih ruang bagi masa kedai roti beroperasi. Ia menjadikan penghasilan pantas, membenarkan kedai roti menghasilkan roti segar dari awal sekerap tiga kali sehari. Sementara tukang roti Europah kekal menghasilkan roti doh masam, di Amerika Syarikat, sebahagian besar roti doh masam telah digantikan dengan ibu roti, dan hanya baru-baru kini doh masam kembali diterima, sekurang-kurangnya dikalangan tukang roti artis (artisan bakeries).

Roti doh masam seringkali dihasilkan dengan pencetus doh masam (sourdough starter)menyegarkan nya dengan menambah tepung baru dan air. (Apabila disimpan dalam peti sejuk, pencetus mampu kekal berminggu-minggu tanpa perlu diperbaharui - fed.) Terdapat pencetus yang dimiliki oleh tukang roti dan keluarga yang setua beberapa generasi manusia, amat disanjung kerana menghasilkan tekstur atau rasa istimewa. Pencetus boleh didapati dengan mengambil sebahagian daripada pencetus lain (tukang roti doh masam biasanya sanggup memberikan sedikit daripada pencetus mereka) dan tambah padanya, atau ia boleh dihasilkan dari mula. Terdapat kumpulah peminat hobi di jaringan web yang akan menghantarkan pencetus mereka hanya dengan sampul surat beralamat sendiri, berstem, dan terdapat juga syarikat pesanan pos yang menjual pelbagai jenis pencetus roti seluruh dunia. Pencetus yang dibeli mempunyai kelebihan terbukti dan established (stabil dan boleh diharap, tahan rosak, boleh dipercayai) berbanding pencetus baru dibuat. (berlainan dengan kaedah pencetus yang dibincangkan di atas). Pencetus doh masam merupakan kultur yis dan laktobasillus. Ia merupakan campuran tepung/air berbentuk doh atau lempeng di mana yis dan laktobasillus hidup. Pencetus boleh dikekalkan tanpa had dengan membuang sebahagian daripadanya dan

Terdapat cara lain mengekalkan doh masam dan kultur roti. Cara tradisional adal proses yang dilakukan keluarga petani diseluruh Europah pada abad lalu. Keluarga itu (biasanya wanita yang bertanggung jawab bagi membuat roti) akan membakar pada jadual tetap, kemungkinannya sekali seminggu. Pencetus adalah baki yang disimpan dari doh minggu lepas. Pencetus ini dicampur dengan ramuan baru, hoh ditinggalkan untuk naik, kemudian sebahagian kecil disimpan (sebagai pencetus bagi roti minggu hadapan). Bakinya akan dibentuk menjadi buku roti yang ditanda dengan tanda keluarga (ini merupakan permulaan bagi hiasan hirisan pada buku roti), dan dibawa ke oven masyarakat untuk dibakar. Oven masyarakat kemudiannya berubah menjadi apa yang kita kenali hari ini sebagai kedai roti, apabila sebilangan orang khusus dalam pembuatan roti, dan kemudiannya meningkatkan proses sehinggakan mampu menghasilkan rotu murah secara pukal untuk semua orang dalam kampung itu.

Roti doh masam paling terkenal di Amerika Syarikat adalah Doh masam San Francisco. Ia adalah roti putih, bercirikan rasa masam (bukan semua doh masam semasam Doh masam San Francisco), sehinggakan strain laktobasillusin pencetus doh masam itu dinamakan laktobasillussanfrancisco.



SELAMAT DATANG ........

LA... DANISH BAKERY
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...